May 28, 2011

awak belia ?

Firstly , gua nak habaq mai sat . Klo nak bukak blog gua , guna CHROME ok . gua bukak guna OPERA , peh pecah pecah siooot . Gua igtkan pupil dan lens mata gua yg pecah , tp rupa2 nya begitu la sebaliknya . Dan yg mmg guna OPERA tu , ha ha ha ha , stalk la habis habis .


Oke . Gua semalam g Karnival Sambutan Hari Belia . Gua yakin gua belia sebab gua tak tua gua tak telalu muda . Gua young and trendy . Lu ada ? Gua g dengan anak anak ikan gua . Pehhh memang berapa ratus ribu juta semut semut gua lihat semalam membanjiri bekas tapak pasar yg skrg nama dia da tukar jadi Laman 1 Malaysia . pfftt .

Gua happy gua dapat baju baju pada harga peh gile khinzir murah baaaai . Bayangkan harga baju GOOGLES turun 70% ? Bayangkan harga baju Ceezle pejadah nama turun sampai 10bucks ! Cardigan gua dapat 15bucks yg slalunya harga peh berpuluhpuluh ribu rupiah . FFUU . Gua mmg borong habis . BORONG habisss . HA HA HA . Anak ikan gua tu pon borong habiss .

Patung Angry Bird sebesar alam tu pon gua boronggg . Walaupun gua slalu main angry bird dekat hp mmbe gua je . Hp gua mana bole download angrybird .

Oh . gua baru tahu BELIA ni range umur dari 15 hingga 40 je . Jadi mama papa aku tu warga emas . :B hikhikhik




Semalam gua smackdown dengan Balqees . Dia menang . =='


May 23, 2011

kelam

Gua tetiba rasa mcm nak tukar header blog je . Bukan takat header blog , semuanya skali nak tukar . Kelam duhh . Gua tak suka .









Warna apa sesuai ? HEH


May 22, 2011

screamy !


Dua tiga menjak ni gua rasa tidur gua tidak menentu . Bukan lah tidak menentu bermaksud gua tidur bagai kelawar di siang hari , manakala berjaga di tengah malam buta . Tapi , tiap kali gua tidur malam hari sebab gua mmg ngntuk yang amat , gua rasa rimas . Gua tak dpt tidur dengan nyenyak . Gua bagai dihimpit batu belah batu betangkup . Gua rasa nak menjerit jerit dan nak mencederakan diri


Tapi semalam , gua tidur dengan hubby gua , gua rasa aman .. tak ada gangguan .







Gua rasa , gua rindu hubby gua kot .. Gua sunyi .. sepi .




HAHA . gatal .

May 13, 2011

picanggg

Gua menyampah betul kalau nak tulis belog kesayangan gua ni dalam Opera . Blur teruk gitu . Gua tulis belog dalam chrome elok sikit . Picang la .


Gua semalam lepak Bandar Lama dengan si Faiz kat Sri Petaling . Gua tengok dia smart gila sampai gua rasa gua terleleh air peluh di dahi sebab tetiba dia smart gila . Gua ingat gua nak dating sempoi ja dgn dia . Haa . Dia da macam client syarikat gua pulak gua rasa .
Gua bagitau dia hari tu gua pegi London . Pastu semalam dia tetiba tanya gua ;

"Apa macam London ?"

"Best la . Tapi gua picang aa ."

"Takpe . Gua tanggung . Beres ?"

"Betul ke ? Lu jangan memain bro . Gua dah semangat tahap dewa langit ke 7 ni bro ."

"Betul . Dengan syarat , lu bukak akaun satu lagi . Gua tak main CIMB CIMB ni ."



Ini la pentingnya Maybank dalam kehidupan seharian .


May 12, 2011

lu mampu ?

Dalam satu hari tu gua rasa gua boleh habis dalam seribu . Peh . Gua bangga siot dengan diri gua ni . Bukan calang calang orang bole habiskan seribu dalam satu hari . Gua je mampu . Lu mampu ? Gua tau lu mampu tapi lu malu nak bagitau semua orang .













Gua boleh habiskan seribu rupiah dalam sehari . MAMPU ?



Apr 24, 2011

kenangan

Dulu time skola rendah gua slalu bawak bekal g skola . Tak sah kalau tak bawak bekal . Gua slalu bawak kuih cekodok , bengka keladi , ape tah lagi nama gua haram nak amik tau . Kadang2 tu bila gua tak kenyang lagi gua g rembat NASI LEMAK budak rancangan makanan tambahan . halah RMT lah . Gua tengok dorang memang jarang sangat amik makanan yg disediakan . Konon tak sedap hape la . Bagi gua sedap woo . Kadang2 dorang bagi nasi ayam mee goreng dengan air jagung =='


Lepas tu kadang kadang kalau gua lupa yang mak da masukkan bekal dalam beg , gua g lepak lepak dekat atas bukit kecik depan surau . kecik je tak la tinggi mana . kat situ ramai la geng gua lepak lepak cite pasal dewan sekolah yg konon berhantu . Gua kadangkadang tu bukan sengaja lupa yg ada bekal dalam beg , tapi gua tengah kumpul duit beli tora dan ding dang . Gua suka mainan dalam kotak dia . dulu best best . sekarang biskut coklat tu pun dah masuk angin sebelum masuk mulut . Kadang kadang duit gua lebih gua beli JO JO . HAHAHA .



#Gua rindu kenangan lama . HEH