Sep 13, 2010

JPJ


Bangun pagi terus pecut mandi . Mandi sekejap je makeup berjam-jam bagai menanti saat untuk diijabkabulkan .
Baca paper kejap sambil minum teh , "oh sosilawati dah konfom mati . innalilah ." , sambil menatap gambar wajahnya . gebu nya muka dia . nak try la Nouvelle Visage punya produk . nanti mesti boleh gebu mcm dia .

Letak paper atas meja , seraya menoleh ke arah bapak yang sedang tidur terlentang atas kapet , aku tersenyum nipis . "tak pegi keje ke orang tua ni ?" soalku tapi dalam hati je lah . Lantas terus mengambil kunci kereta dan pakai wedges yang berharga rm10 baru dibeli dari Tesco Puchong dan start kereta . Vroom vroom bunyi kereta kecil ku .
Kakak datang dan terus duduk di kerusi pemandu manakala aku duduk di kerusi co-pilot . Sambil tersengih menunjukkan gigiku yang putih setelah diberus digosok menggunakan ubat gigi Darlie dan berus gigi Colgate , kereta terus memecut laju .

Sampai JPJ Shah Alam dan terus ambil no. giliran . aku no 139 . kakak ku 138 . tapi aku potong line . aku pegi skali kat kaunter guna no kakakku . 139 berlalu tanpa sepatah kata ..

Selesai . RM60 melayang . Renew lesen yang dah expired 2 bulan lepas .

Aku kini boleh tersenyum bangga .

Lesen kompeten dalam genggaman . 8)

0 stalkers talk :-O: