Oct 29, 2010

Pagi 1996


Satu pagi musim luruh tahun 1996

Pagi tu aku bersiap siap mandi awal tanda semangat hari pertama aku menjejakkan kaki ke sebuah bangunan yang bernama tadika . Mak menyarapankan aku dengan susu cap lembu New Zealand .

"Lyana belajar rajin rajin kat sekolah . Nanti dah besar boleh jadi doktor , jadi jurutera . Jadi orang bagus bagus ." Aku angguk .

"Jadi contoh pada orang lain ." Aku angguk .

"Belajar rajin rajin . Nanti dah besar boleh hidup senang ." Aku angguk .

"Nanti bila hidup senang, dapat tolong orang susah". Aku angguk.

"Belajar bagus-bagus sampai ke menara gading". Aku kerutkan dahi aku jadi 3 lapis. Aku tak faham apa itu menara gading.

Setelah yakin aku kenyang , papa mengambil alih tugasnya yang mutlak , menghantar ku ke sekolah .
Papa ambil cuti pada hari itu , sempena hari pertama aku masuk tadika .
Sekolah aku hanya beberapa meter dari rumah .

"Papa teman lyana sampai habis sekolah tau ." Itu ungkapan pertama ku sejak bangun tidur pagi itu .

Papa ku hanya tersenyum . Diletakkannya beg kecil berwarna biru merah hitam kuning ke atas rak menyimpan beg berserta kasut sekolah ku .
Aku lihat bermacam macam bentuk rambut manusia pada hari itu . Putih , kuning , merah , hitam . Dan aku tergolong dalam kumpulan rambut hitam .

Aku segera duduk bersama kawan kawan baru aku menghadap papan putih . Aku tak layan sape sape pada hari itu .
Selang seminit aku toleh ke belakang .
"Papa ada lagi . Boleh sambung belajar dengan fokus ." bisik hati kecil aku .

Selang lagi seminit , aku toleh lagi . Ok , papa aku masih ada , aku sambung semula dengar apa yang cikgu ajar dekat depan . Kejadian sama berlaku selama satu jam setengah .


Tiba masa rehat
"Papa kena balik kejap . Nak pegi office ambik barang . Nanti papa datang ambik pukul 12 . Lyana kena kuat . Kena pandai jaga diri ." Rambut tocangku diusap . Ciuman di dahi diberi . Aku angguk . Aku salam dan cium tangan papa . Dari pintu tadika , aku perhatikan papa ku berlalu pulang .


PUKUL 12

Papa jalan masuk ke perkarangan tadika . Guru tadika ku menghampiri papa aku . Tiada garisan senyum di wajah papa .

"Here's your daughter Mr Salam ." Perkataan selanjutnya aku dah tak paham . Rasa macam guru tadika aku report sesuatu pada papa aku sampai papa aku cakap "Sorry . this thing will not going to happen again ."
Papa menarik tangan ku . Beg aku hampir terjatuh . Aku menuruti papa ku .

Tiba di rumah
Pintu rumah dibuka , aku nampak jelas muka mak aku masa tu terkejut . Dia macam tengah tengok hantu kopek tak pakai baju .
Beberapa das rotan aku terima dengan rela hati . Iya lah , nak jadi doktor mesti tabah . Nak jadi jurutera , hati kena kental .


Satu malam pada 2010
Aku termenung ketika berbaring sendirian di atas katil .

Aku syukur, bermula daripada kata-kata mak aku ,
"Lyana belajar rajin rajin kat sekolah . Nanti dah besar boleh jadi doktor , jadi jurutera . Jadi orang bagus bagus ." , bermula dengan papa ku setia menemani ku di sekolah pada pagi tahun 1996 itu , bermula dengan beberapa libas rotan di pagi yang sama , aku sekarang jadi manusia .


p/s : korang nak tau ke ape aku dah buat masa ketiadaan papa aku time tu ?
Aku gaduh dengan sorang budak rambut putih . Ha ha ha . Gangster jugak aku kecik kecik .

0 stalkers talk :-O: